ALLAH MENGANGKAT DARJAT ORANG-ORANG BERILMU

Untuk renungan petang Jumaat

Darjat Orang Berilmu

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ
وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِير

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadilah : 11)

Mengenai ayat di atas, diterangkan dalam Tafsir Ibn Kathir bahawa Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa Abu At-Tufayl `Amir bin Wathilah berkata bahawa Nafi` bin `Abdul-Harith telah bertemu Umar bin Al-Khattab semasa berada di wilayah `Usfan. Umar telah melantik Abu At-Tufayl menjadi Amir di Mekah. Umar bertanya kepada beliau,

“Siapakah yang telah anda lantik sebagai Penolong bagi (mengatur urusan) penduduk di lembah itu (Mekah)”. Amir berkata, “Aku telah melantik Ibn Abza, seorang daripada hamba-hamba yang telah kita merdekakan sebagai penolongku”. Umar berkata lagi, “Engkau telah menjadikan seorang hamba merdeka sebagai Amir mereka semasa ketiadaanmu?!”. Amir menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dia telah menghafaz Kitab Allah dan dia mempunyai ilmu mengenai harta pewarisan di samping berupaya menjadi seorang hakim yang berwibawa”. Kata Umar, “Sungguh, Nabimu telah bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat suatu kaum kerana kitab ini (al-Quran) dan merendahkan kaum lainnya dengannya” [HR Muslim].

Hadis ini sesungguhnya menerangkan mengenai keutamaan orang-orang yang berilmu. Dalam Sunan Abu Daud pula ada diriwayatkan bahawa Abu Ad-Darda berkata,

“Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa meniti jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mempermudahkannya jalan ke syurga. Sungguh, para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredaan kepada penuntut ilmu. Orang yang berilmu akan dimintakan maaf oleh penduduk langit dan bumi hingga ikan yang ada di dasar laut. Kelebihan seorang alim di bandingkan dengan ahli ibadah seperti keutamaan rembulan pada malam purnama atas seluruh bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya maka ia telah mengambil bahagian yang banyak”.
Secara bahasa, ‘ulama merupakan bentuk jamak dari kata ‘alim yang bererti orang yang berilmu.
Secara syarie, Allah S.W.T dan RasulNya telah menjelaskan pelbagai sifat dan ciri-ciri orang yang layak disebut sebagai ‘ulama.
Ulama adalah orang-orang yang merupakan lambang iman dan harapan umat, memberikan tunjuk ajar dengan hanya berpegang kepada syariat Islam. Mereka mewarisi keperibadian Nabi dalam keterikatannya terhadap wahyu Allah swt.
Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sesungguhnya perumpamaan ‘ulama di bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk di dalam kegelapan bumi dan laut. Apabila dia terbenam maka jalan akan kabur” [HR Ahmad].

“Sesungguhnya kedudukan seorang alim sama mulianya dengan bulan di tengah-tengah bintang. Sesungguhnya ‘ulama itu adalah pewaris para nabi” [HR Abu Daud dan Tirmidzi].

Seorang ‘ulama sejati tidak akan menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
Kedua, ‘ulama itu berjuang di jalan Allah S.W.T serta sentiasa memberikan nasihat kepada para penguasa. Mereka tabah dan sabar menghadapi segala macam tentangan dan halangan, demi memperjuangkan Islam dan umatnya, bukannya membela kepentingan peribadi, pemimpin atau kelompoknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s